Aku ingat lagi..dulu masa kecik2 ayah slalu bawak aku jalan2 naik moto buruk dia..kalo aku merengek nak aiskrim ayah akan p kedai walaupun ayah baru je balek dari kije..dulu hidup susah..rumah pon rumah setinggan je..walaupun aku kecik lg masa tu tapi aku ttp ingat..sampai sekarang..masa tu kami tgl di rumah setinggan kat jalan jelatek kuala lumpur..mak ckp penah sampai satu masa duit ada singgit je dlm tgn..duit tu la mak guna untuk bg bekal kat abg2 n kakak aku utk p skolah dan jugak duit utk belanja dapo..ayah siang malam kije..tapi duit x pnh cukop..aku pulak blh senang2 je nak suh ayah belikan aiskrim..tp ayah ttp belikan jugak utk aku..tak lama lepas tu ayah tukar kije kat jpj kedah..kami duk di rumah dalam jpj..ms tu ayah jd driver je..bawak org2 atasan dgn pajero jpj..gaji pon cukop makan je..ayah pulak disahkan sakit jantung..aku rasa dlm 7 tahun kot duk kat jpj..lepas tu ayah bersara sbb sakit..kami balek duk kat kg ayah di ayer hitam..ayah x blh duk diam kat rumah..bosan kot..pastu ayah wat kije kontrak kecik2..ayah tanak anak2 hdup susah mcm dia..ayah kije siang malam cr duit..sampai la berjaya..aku bangga sangat dgn ayah..bg aku ayah adalah lelaki yg paling tabah mengharungi dugaan idop..ayah x penah ada masa untuk kami sekeluarga..ayah asek pikir kije3..tapi aku paham..ape yg ayah buat adalah untuk kami jugak..ayah pnh ckp dia tingin nak jalan2 makan angin ngan mak..tapi ms tu mak pulak x sihat..mak duk atas kerusi roda je..pinggang mak ada masalah..ayah sanggup habis berpuluh ribu utk duit pembedahan mak..lepas mak dah sihat lutut mak pulak masalah..rawan dah haus..mak x blh jalan..sekali lg mak kena guna kerusi roda bila nak p mana2..dari bilik nak ke dapo pon kene guna kerusi roda..ayah x putus asa..kali ni mak buat pembedahan untuk lutut pulak..tiap kali mak masuk hospital ayah akan tgu disisi mak..ayah x pnh tgl mak..ayah ckp nnt bila mak da sihat ayah nak bawak mak jalan2..sbb dulu ayah sibuk kije jd x sempat nak bawak mak..sekarang mak da sembuh..tapi ayah pulak yg sakit..ayah selalu demam..badan ayah x sht..ayah masuk hospital..doktor kate paru2 ayah rosak masuk air..ayah pulak ada sakit jantung..ayah makin hari makin kurus..aku nak ayah sembuh dan sihat mcm dulu..td mak kol bgtau ayah masuk wad..mak suruh aku balek..aku risau sgt..mak tak pnh suruh balek kalo takde benda penting..sblm ni ayah demam sampai kene masuk wad..mak kate tak serius sgt tapi kalo ada masa mak suh balek..waktu tu aku blh lagi kol sembang2 dgn ayah walaupun ayah di wad..kali ni mak mntk aku balek cepat..aku kol ayah pon handphone dia off..Ya Allah..tolonglah selamatkan ayahku..
"Ayah..adik sayang ayah..ayah cepat sembuh ye..adik tau adik anak yg degil..slalu wat ayah susah hati..adik slalu memberontak..adik janji lepas ni adik takkan wat ayah susah hati lagi..adik nak kita hepi mcm dulu..adik akan balek cepat tgk ayah k..adik sayang ayah.."
~melintang pukang~
korang ade rase pening2 tak bile bace blog aku ni..kejap novel kejap sajak..pasni tatau la ape plak yg aku nak tulis...disebabkan nama blog aku melintang pukang..so memang melintang pukang la ape yg aku tulis..kalo korang tak paham pon sila lah buat2 paham..selamat datang ke dunia aku..
Wednesday, 28 March 2012
Monday, 26 March 2012
kala ini
Suatu saat suatu ketika
Tatkala hati sedang terluka
Hadir dirinya tanpa disangka
Menghapus semua sengsara
Masih segar dalam ingatan
Setiap kata masihku simpan
Tersimpan kemas dalam lipatan
Bersemadi aman dalam pelukan
Tak pernah kulupa ikatan janji
Mendengar kata penuh teliti
Sampai kapan pun akan kuingati
Biarpun aku hanya sendiri
Sendiri lagi mengenang sepi
Haruskah aku membawa diri
Mengubat luka yg tak pernah henti
Sedangkan dia melekat di hati
Di kala waktu di saat ini
Suara sang hati masih menyepi
mampukah aku terus berdiri
Hanyutkan aku bawa kupergi
~melintang pukang~
Tatkala hati sedang terluka
Hadir dirinya tanpa disangka
Menghapus semua sengsara
Masih segar dalam ingatan
Setiap kata masihku simpan
Tersimpan kemas dalam lipatan
Bersemadi aman dalam pelukan
Tak pernah kulupa ikatan janji
Mendengar kata penuh teliti
Sampai kapan pun akan kuingati
Biarpun aku hanya sendiri
Sendiri lagi mengenang sepi
Haruskah aku membawa diri
Mengubat luka yg tak pernah henti
Sedangkan dia melekat di hati
Di kala waktu di saat ini
Suara sang hati masih menyepi
mampukah aku terus berdiri
Hanyutkan aku bawa kupergi
~melintang pukang~
Wednesday, 21 March 2012
nota sepi 7
Tahukah kamu, saat kita bertemu adalah hari2 yang
sangat indah bagiku. Tahukah kamu, jenakamu bisa
membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. Tahukah
kamu, merinduimu setiap hari adalah wajib bagiku.
Tahukah kamu, mengharapkan kehadiranmu adalah
impian terbesarku. Tapi tahukah kamu bahawa tiada
apa yang dapat menandingi harapanku agar kau
sentiasa bahagia walaupun tanpa aku di sisi. Kerana
hanya dengan kebahagiaanmu yang dapat membuatkan
aku turut bahagia. Walaupun aku hanya mampu mengintai
dari jauh. Walaupun aku hanya mampu mencintai dari
jauh. Aku redha dengan ketentuan Allah. Berbahagialah
kekasih hatiku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik
buatmu. Kini dan selamanya, kaulah penghuni hatiku.
~melintang pukang~
sangat indah bagiku. Tahukah kamu, jenakamu bisa
membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. Tahukah
kamu, merinduimu setiap hari adalah wajib bagiku.
Tahukah kamu, mengharapkan kehadiranmu adalah
impian terbesarku. Tapi tahukah kamu bahawa tiada
apa yang dapat menandingi harapanku agar kau
sentiasa bahagia walaupun tanpa aku di sisi. Kerana
hanya dengan kebahagiaanmu yang dapat membuatkan
aku turut bahagia. Walaupun aku hanya mampu mengintai
dari jauh. Walaupun aku hanya mampu mencintai dari
jauh. Aku redha dengan ketentuan Allah. Berbahagialah
kekasih hatiku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik
buatmu. Kini dan selamanya, kaulah penghuni hatiku.
~melintang pukang~
Tuesday, 20 March 2012
nota sepi 6
tanpa jemu....
masih aku merindu
masih aku merindu
masih aku menyayangi
masih aku mencintai
masih aku menunggu
masih aku setia
hingga hujung waktu
akan ku tunggu saat itu
saat aku berada di dalam dakapanmu
saat aku menatap wajahmu
saat aku mampu tersenyum dari hati
saat hati kita saling berbicara
saat kita bersatu
aku akan terus bertahan
aku akan terus bersabar
kerana..aku lah sang pencinta
yang sangat setia
~melintang pukang~
Sunday, 18 March 2012
nota sepi 5
Dari jauh dirinya kuintai
Dari jauh dirinya kubelai
Dari jauh dirinya kucintai
Dari jauh dirinya kurindui
Kuntum kasih kian mekar
Biarpun hanya di dalam sangkar
Kuntum kasih kian menular
Biarpun sekadar di tepian pagar
Mengapa harus begini jadinya
Kumbang pujaan jauh dari mata
Ku hanya mampu berdoa
Semoga dia bahagia selamanya
Sengit perang tiada penghujung
Sekeping hati berkecai sudah
Selamanya hati ini tiada pengunjung
Kerana hanya padanya telah kuserah
Andai dirimu sudah berpunya
Ku harap kalian akan bahagia
Binalah hidup dengan sempurna
Bersama si dia insan tercinta
Wajib bagi ku terus menanti
Walaupun diriku tiada di hati
Wajib bagi ku terus menanti
Walaupun hingga saat aku mati
~melintang pukang~
Dari jauh dirinya kubelai
Dari jauh dirinya kucintai
Dari jauh dirinya kurindui
Kuntum kasih kian mekar
Biarpun hanya di dalam sangkar
Kuntum kasih kian menular
Biarpun sekadar di tepian pagar
Mengapa harus begini jadinya
Kumbang pujaan jauh dari mata
Ku hanya mampu berdoa
Semoga dia bahagia selamanya
Sengit perang tiada penghujung
Sekeping hati berkecai sudah
Selamanya hati ini tiada pengunjung
Kerana hanya padanya telah kuserah
Andai dirimu sudah berpunya
Ku harap kalian akan bahagia
Binalah hidup dengan sempurna
Bersama si dia insan tercinta
Wajib bagi ku terus menanti
Walaupun diriku tiada di hati
Wajib bagi ku terus menanti
Walaupun hingga saat aku mati
~melintang pukang~
Friday, 16 March 2012
nota sepi 4
Sekian lama aku menunggu..
Jua memikirkan apakah salahku..
Sebuah persoalan tiada hujungnya..
Sebutir jawaban tak kunjung tiba..
Aku hanyalah insan biasa..
Tiada terlepas melakukan dosa..
Andai dirimu berkeras jua..
Apakan daya..kuturutkan saja..
Aku di sini terus menanti..
Biarpon berdarah luka dihati..
Pohon cintaku takkan pernah mati..
Biarkan ku sendiri begini..
Lindungi linangan dengan senyuman..
Kecai hatiku dibuang jangan..
Biarkan serpihan ini tetap kusimpan..
Selama2nya kau tetap dalam ingatan..
~melintang pukang~
Jua memikirkan apakah salahku..
Sebuah persoalan tiada hujungnya..
Sebutir jawaban tak kunjung tiba..
Aku hanyalah insan biasa..
Tiada terlepas melakukan dosa..
Andai dirimu berkeras jua..
Apakan daya..kuturutkan saja..
Aku di sini terus menanti..
Biarpon berdarah luka dihati..
Pohon cintaku takkan pernah mati..
Biarkan ku sendiri begini..
Lindungi linangan dengan senyuman..
Kecai hatiku dibuang jangan..
Biarkan serpihan ini tetap kusimpan..
Selama2nya kau tetap dalam ingatan..
~melintang pukang~
Tuesday, 6 March 2012
nota sepi 3
Ku menanti dan terus menanti
Suatu jawapan pasti
Ku menunggu dan terus menunggu
Suatu saat kita akan bertemu
Ku mengerti ku fahami
Keperitan kau lalui
Tiada lain yg ku pinta
Tiada lain yg ku puja
Hanya padamu seorang saja
Harus bagi ku menyintaimu
Walaupon kau jauh dari mataku
Kerana hanyalah dirimu
Tempat aku bermanja dan mengadu
Pohon cintaku akan terus merendang
Biarpun berpanas hingga ke petang
Tidak mungkin ianya kan tumbang
Takkan tercalar biarpon ditebang
Semurni kasih ini berdendang
Akan kutepis cubaan mendatang
Hatta terpaksa bermain pedang
Biarpun luka nyawa melayang
Setiap degupan jantung ini
Membuah penyesalan tidak terperi
Hingga nafas ini terhenti
Maaf ku pinta sekali lagi
Aku amat menyintaimu
~melintang pukang~
Suatu jawapan pasti
Ku menunggu dan terus menunggu
Suatu saat kita akan bertemu
Ku mengerti ku fahami
Keperitan kau lalui
Tiada lain yg ku pinta
Tiada lain yg ku puja
Hanya padamu seorang saja
Harus bagi ku menyintaimu
Walaupon kau jauh dari mataku
Kerana hanyalah dirimu
Tempat aku bermanja dan mengadu
Pohon cintaku akan terus merendang
Biarpun berpanas hingga ke petang
Tidak mungkin ianya kan tumbang
Takkan tercalar biarpon ditebang
Semurni kasih ini berdendang
Akan kutepis cubaan mendatang
Hatta terpaksa bermain pedang
Biarpun luka nyawa melayang
Setiap degupan jantung ini
Membuah penyesalan tidak terperi
Hingga nafas ini terhenti
Maaf ku pinta sekali lagi
Aku amat menyintaimu
~melintang pukang~
nota sepi 2
Bersama nota ini aku berlagu sepi
Tiada nada yg mengiringi
Kala kau pergi membawa diri
Terbungkam aku tangis sendiri
Andainya ini suatu dugaan
Kusahut cabaran dalam tangisan
Andainya ini suatu keputusan
Khilafku ku tanggung dlm penyesalan
Engkau dtg bersama cahaya
Datang menerangi hidup ini
Pergimu membawa sekeping hati
Yg dulu sirna tiada seri
Hanya ku mampu terus menanti
Sebuah hubungan yang tidak pasti
Hanya ku mampu terus begini
Inilah hidup yg akan aku tempuhi
~melintang pukang~
Tiada nada yg mengiringi
Kala kau pergi membawa diri
Terbungkam aku tangis sendiri
Andainya ini suatu dugaan
Kusahut cabaran dalam tangisan
Andainya ini suatu keputusan
Khilafku ku tanggung dlm penyesalan
Engkau dtg bersama cahaya
Datang menerangi hidup ini
Pergimu membawa sekeping hati
Yg dulu sirna tiada seri
Hanya ku mampu terus menanti
Sebuah hubungan yang tidak pasti
Hanya ku mampu terus begini
Inilah hidup yg akan aku tempuhi
~melintang pukang~
Monday, 5 March 2012
nota sepi
Aku tak berdaya merebut hatimu semula
Aku tau hatimu terluka
Maafkan aku
Kini kau pergi tinggalkan aku
Ternyata usahaku hanya sia2
Kesakitan ini tiada berpenghujung
Pedih terasa bergulung2
Tiada lagi erti hidup ini
Sendiri menyepi menyesali
Tidak bisa ku maafkan diri sendiri
Hanya nota sepi pendamping diri
Buat sekian kali
Maafkan diri ini
~melintang pukang~
Aku tau hatimu terluka
Maafkan aku
Kini kau pergi tinggalkan aku
Ternyata usahaku hanya sia2
Kesakitan ini tiada berpenghujung
Pedih terasa bergulung2
Tiada lagi erti hidup ini
Sendiri menyepi menyesali
Tidak bisa ku maafkan diri sendiri
Hanya nota sepi pendamping diri
Buat sekian kali
Maafkan diri ini
~melintang pukang~
Friday, 2 March 2012
surat 2
Assalamualaikum ucuk syg,
I x blh tdo la..
Mata nantok..
Tapi golek punya golek last2 x blh tdo gak..
Da mcm ayam golek (ayam kampung kot)..
Perasa ape? Ntah..rasa bbq kot..huuu
Pale pon da pening2..
Tambah pening mikirkan my syg yg ngah majuk lg ni..
Mcm mano la nak pujuk..
Da kering kontang kanting idea ni iskk..
Ucuk syg..tak elok tau majuk lame2..
Nnt naik kedut2 kat muka tu..
Cer cek..ade kedut x..
Haaa tu ape tu..
Ayokk..tatau..muke da kedut..
Takpe..ucuk jangan riso..
I ada ubat anti kedut muahaha..
Tade di pasaran lg nih..
I dengan berbesar hati serta jantung dan pankreas akan cuba mengubati ucuk..
Duit?..oo ucuk tayah riso..
I bg ni khas untuk ucukk..
F.O.C ( tak tipu ni)..
Ehh?? Ujikaji??
Mana ada..
Ni da terbukti secara klinikal, basikal dan optikal..
Dijamin halal dan tidak memudaratkan diri..
Ehhh x caye plak dia..
I kan doktor pakar..
Kompom la I pakar dlm bab2 ni..
Dalam ms smgu je muka ucuk akan menegang dan bkilat2 mcm hero twilight tu..
Haaa nak kan kan kan..
Eleh malu2 plak nak ngaku..
I tau ucuk nak..segeralah telepon I..
Lg cepat lg bagus..(Mengharap sgt nih tau)
Alaa msg pon blh..
Tade hal lah..
I tguuuu..
Tata ucuk.. buah hati pengarang jantung pisang I..
~melintang pukang~
A.k.a : ur syg
I x blh tdo la..
Mata nantok..
Tapi golek punya golek last2 x blh tdo gak..
Da mcm ayam golek (ayam kampung kot)..
Perasa ape? Ntah..rasa bbq kot..huuu
Pale pon da pening2..
Tambah pening mikirkan my syg yg ngah majuk lg ni..
Mcm mano la nak pujuk..
Da kering kontang kanting idea ni iskk..
Ucuk syg..tak elok tau majuk lame2..
Nnt naik kedut2 kat muka tu..
Cer cek..ade kedut x..
Haaa tu ape tu..
Ayokk..tatau..muke da kedut..
Takpe..ucuk jangan riso..
I ada ubat anti kedut muahaha..
Tade di pasaran lg nih..
I dengan berbesar hati serta jantung dan pankreas akan cuba mengubati ucuk..
Duit?..oo ucuk tayah riso..
I bg ni khas untuk ucukk..
F.O.C ( tak tipu ni)..
Ehh?? Ujikaji??
Mana ada..
Ni da terbukti secara klinikal, basikal dan optikal..
Dijamin halal dan tidak memudaratkan diri..
Ehhh x caye plak dia..
I kan doktor pakar..
Kompom la I pakar dlm bab2 ni..
Dalam ms smgu je muka ucuk akan menegang dan bkilat2 mcm hero twilight tu..
Haaa nak kan kan kan..
Eleh malu2 plak nak ngaku..
I tau ucuk nak..segeralah telepon I..
Lg cepat lg bagus..(Mengharap sgt nih tau)
Alaa msg pon blh..
Tade hal lah..
I tguuuu..
Tata ucuk.. buah hati pengarang jantung pisang I..
~melintang pukang~
A.k.a : ur syg
surat 1
Assalamualaikum Ucukk,
I tau ucuk majuk g kan..
Jangan la majuk lame2..
sian kat I..
Ucuk x sian kat I ke..
Makan x lalu..
Tdoq x lena..
Mandi x basah..(Haishh I mandi lah)
Ni fes time ucuk majuk..
I x tau la nak bajet bape lame..
Tapi jangan la lame sangat..
Melidi I kang sape nak jawab..
Agak2 kan kalo I majuk ucuk pujuk x heheh..
Nnt bile ucuk da x majuk lg..
Fes benda yg I nak wat adalah makan..
Kite p makan sesame ek..
Ucuk nak tau 1 benda x..
I x pnh tulis surat cinta..
Ni fes time I tulis..
Khas untuk ucuk..
Ni kire strategi untuk memujuk arr (opsss)..
I nak anta p rumah ucuk..
Tapi takot posmen tu sesat plak nak cr rumah ucuk..
Silap2 dia anta p rumah kebajikan..
Tak ke haru..
Sian surat I tetibe je jadik anak yatim..
Takpe lah..at least nnt ucuk akan bace gak kan..
Tu pon kalo ucuk jenguk blog I ni lah..
Ucuk jangan gelak tau baca surat ni..
Semenjak ucuk majuk ni..
I dengan jayanya telah menjadi jiwang karat..
Karat tahap berape I tatau la..
Asenye besi kat rumah ni pon da berkarat dengar ayat2 jiwang I adehh..
Anak2 kompom gelak guling2 kalo deme tau baca..(Gila jiwang ibu nihh..)
Hari2 I berjaya me'nyumbang'kan lagu2 syahdu..
Ehh betol la..I x tipu..
U nak dengar? Nnt I nyanyikan 1 lagu..
Tu upon request arr..
Tu pon kalo u x takot banjir melanda huahua..
Ooo patot la ujan je skrg ni..(Eden punya psl upenye iskkk)
Tapi hokeh pe..sejuk cket..
Panjang plak surat ni..
Da ase cam karangan dak skola plak huhu..
Nnt I tulis lagi ek..
Pecah kaca pecah gelas,
Sila ke kedai beli gam,
Kalo da baca tu jangan lupa plak balas,
Kalo x jiwa I ni asek meragam (uwaaaa).
~melintang pukang~
I tau ucuk majuk g kan..
Jangan la majuk lame2..
sian kat I..
Ucuk x sian kat I ke..
Makan x lalu..
Tdoq x lena..
Mandi x basah..(Haishh I mandi lah)
Ni fes time ucuk majuk..
I x tau la nak bajet bape lame..
Tapi jangan la lame sangat..
Melidi I kang sape nak jawab..
Agak2 kan kalo I majuk ucuk pujuk x heheh..
Nnt bile ucuk da x majuk lg..
Fes benda yg I nak wat adalah makan..
Kite p makan sesame ek..
Ucuk nak tau 1 benda x..
I x pnh tulis surat cinta..
Ni fes time I tulis..
Khas untuk ucuk..
Ni kire strategi untuk memujuk arr (opsss)..
I nak anta p rumah ucuk..
Tapi takot posmen tu sesat plak nak cr rumah ucuk..
Silap2 dia anta p rumah kebajikan..
Tak ke haru..
Sian surat I tetibe je jadik anak yatim..
Takpe lah..at least nnt ucuk akan bace gak kan..
Tu pon kalo ucuk jenguk blog I ni lah..
Ucuk jangan gelak tau baca surat ni..
Semenjak ucuk majuk ni..
I dengan jayanya telah menjadi jiwang karat..
Karat tahap berape I tatau la..
Asenye besi kat rumah ni pon da berkarat dengar ayat2 jiwang I adehh..
Anak2 kompom gelak guling2 kalo deme tau baca..(Gila jiwang ibu nihh..)
Hari2 I berjaya me'nyumbang'kan lagu2 syahdu..
Ehh betol la..I x tipu..
U nak dengar? Nnt I nyanyikan 1 lagu..
Tu upon request arr..
Tu pon kalo u x takot banjir melanda huahua..
Ooo patot la ujan je skrg ni..(Eden punya psl upenye iskkk)
Tapi hokeh pe..sejuk cket..
Panjang plak surat ni..
Da ase cam karangan dak skola plak huhu..
Nnt I tulis lagi ek..
Pecah kaca pecah gelas,
Sila ke kedai beli gam,
Kalo da baca tu jangan lupa plak balas,
Kalo x jiwa I ni asek meragam (uwaaaa).
~melintang pukang~
Thursday, 1 March 2012
aku adalah aku
Aku adalah aku
Seorang wanita yg tak punya apa
Aku tak mampu memberikan segalanya
Hanya mampu aku berikan adalah cinta
Aku adalah aku
Seorang insan yg lemah
Tiada kudrat seperti tentera
Tapi aku akan terus pertahankan cintaku padamu
Aku adalah aku
Seorang wanita biasa
Tidak cantik paras rupa
Tapi aku berjanji akan mengindahkan hubungan kita
Aku adalah aku
Kurang pandai dalam agama
Tidak mampu mengajar sesiapa
Jadi..bimbinglah aku menuju ke jalanNya
Aku adalah...si melintang pukang
~melintang pukang~
Seorang wanita yg tak punya apa
Aku tak mampu memberikan segalanya
Hanya mampu aku berikan adalah cinta
Aku adalah aku
Seorang insan yg lemah
Tiada kudrat seperti tentera
Tapi aku akan terus pertahankan cintaku padamu
Aku adalah aku
Seorang wanita biasa
Tidak cantik paras rupa
Tapi aku berjanji akan mengindahkan hubungan kita
Aku adalah aku
Kurang pandai dalam agama
Tidak mampu mengajar sesiapa
Jadi..bimbinglah aku menuju ke jalanNya
Aku adalah...si melintang pukang
~melintang pukang~
Subscribe to:
Comments (Atom)