Friday 20 April 2012

kutanggung duka itu

Bukan aku yang dia inginkan
Mungkin ini semua satu kesilapan
Kesilapan yang telah aku mulakan
Sendiri akhirnya aku berantakan

Kecundang cintaku di tengah jalan
Layu kebasahan ditimpa hujan
Berat dugaan ini aku rasakan
Kehilangan dirinya insan pilihan

Telah termaktub nasibku begini
Terlepas segalanya yang aku hajati
Dugaan datang silih berganti
Mampukah aku menahan sendiri

Sayup-sayup bayangan menerpa
Jauh kugapai tidak mengena
Adakah ini satu malapetaka
Berpunca dari diriku yang alpa

Sesalan ini tak pernah berhenti
Terus menghantui hari ke hari
Sekiranya bukan aku yang mulai
Tak mungkin semuanya jadi begini

Aku fahami dan aku sesali
Namun semuanya tak mungkin kembali
Maafkan aku yang telah melukai
Rela kutanggung bebanan ini

Ya Allah kuatkanlah semangatku
Tolonglah aku bantulah aku
PadaMu ku mohon sembuhkan lukaku
Agar dapat kumulakan hari yang baru


~melintang pukang~

Thursday 19 April 2012

sebuah tangisan 2

Kasih kusemai tidak bercambah
Cinta kutanam tidak berbuah
Simpanlah ia menjadi sejarah
Buat diriku yang luka parah

Jatuh terduduk aku termenung
Mengenang harapan setinggi gunung
Hancur berkecai tiada penghujung
Malang menghambat ku jadi bingung

Dilanda badai hidupku musnah
Hati berkecai punah ranah
Menduakan cinta aku tak pernah
Berkubur akhirnya dimamah tanah

Cahaya hidupku berlalu pergi
Pergi membawa kepingan hati
Tiada yang tinggal padaku kini
Hanyalah coretan nukilan sepi

Tiada kupinta begini akhirnya
Merana jiwa bermuram durja
Bahagia kupinta derita menjelma
Inilah nasibku aku terima

Setitis air mata jatuh di pipi
Semakin lebat semakin hari
Itulah tandanya yang aku sedari
Aku telah kehilanganmu kini

Janji terpatri kusimpan di hati
Ku peluk erat kemas terkunci
Kenangan itu akan tetap bersemadi
Memenuhi seluruh jiwa ini

Setiap apa yang telah terjadi
Pasti ada hikmah tersembunyi
Hingga sampai nafas ini berhenti
Aku relakan apa yang terjadi

Sila bersabar wahai sang hati
Pergilah kamu membawa diri
Jangan pernah kembali ke sini
Kerana aku tak layak dicintai

~melintang pukang~

sebuah tangisan

Sebuah tangisan yang tak berhenti
Kembali menghuni jiwa ini
Bagai lautan yang tak bertepi
Berkubur semuanya jiwaku mati

Besar harapan yang aku berikan
Besar dugaan yang aku terima
Kini semuanya hancur berantakan
Hanya yang tinggal adalah kecewa

Takkan aku menyalahkan dirimu
Mungkin sudah nasibku begitu
Kini yang kuinginkan hanyalah satu
Semoga kau bahagia sayangku

Setiap detik mengukir luka
Mungkin dirimu bukan aku yang punya
Walaupun gembira itu hanya seketika
Syukur aku Allah pernah berikan kita cinta

Tiada kata dapat kuucapkan
Tinggal aku diawang-awangan
Sebuah cinta yang aku sangat harapkan
Kini hanya tinggal angan-angan

Buat kamu kekasih hati
Kini baru aku mengerti
Sebenarnya apa yang engkau hajati
Maafkan aku yang tak pernah memahami

Sekian saja buat kali ini
Kuturutkan apa yang engkau ingini
Biarpun berdarah hati nurani
Kurelakan engkau pergi

~melintang pukang~

Wednesday 18 April 2012

sinar mentari

Seindah nada alunan irama
Semekar kuntuman kasih berbunga
Kusambut ia penuh bermakna
Tersenyum meleret hingga ke telinga

Sayangku intan gagah perkasa
Hadir dirimu pengubat sengsara
Tempias itu sudah kurasa
Hati gembira tidak terkata

Tidur malamku bermimpi indah
Sasau jiwaku terbang sudah
Dugaan menimpa aku tak endah
Cepatlah cepat datang menyinggah

Syukur aku hanya padaMu
Hari yang kelam telah berlalu
Mentari menyinar menyuluh kalbu
Dear sayang I really love you

Kepada kamu buah hatiku
Setiap detik aku menunggu
Menghitung waktu tanpa jemu
Bila kome nak balas bbm ku

Aku merindu
~melintang pukang~

Sunday 15 April 2012

aku cinta kamu

Keinginan terbesar dlm diriku
Adalah untuk mencintai dirimu
Membahagiakan dirimu
Menyayangi dirimu

Adakah kau mengetahui
Setiap hari yg kulalui
Adalah hari2 yg sepi
Tanpa kamu di sisi

Tak mungkin aku kecapi
Bahagia walau seinci
Sehingga kamu kembali
Mengubat luka dihati

Membenci kamu tak mungkin terjadi
Walau sekelumit pasti
Kerna aku telah berjanji
Mencintaimu sampai mati

Capailah tanganku
Genggam erat hatiku
Peluk mesra kasihku
Aku amat merindu

Masih aku sabar menunggu
Saat2 kita bersatu
Walau hanya seketika waktu
Sebelum nyawa dicabut dariku

Andai kasih itu masih milikku
Bersyukur aku pada yg Satu
Andai kasih itu berpaling dariku
Retak hatiku berkecai seribu

Ya Allah padamu aku berdoa
Bukakan pintu hatinya untukku
Selamanya kasih ini hanya untuknya
Hingga akhir waktu aku menunggu


Aku cinta kamu
~melintang pukang~

Wednesday 11 April 2012

retak

resah hatiku memikirkan dirimu
apa khabarmu aku merindu
setiap denyutan nadi menyebutkan namamu
retak hatiku hanya menanti dirimu


adakah aku bisa menambat hatimu sekali lagi
adakah aku bisa diberikan peluang itu
adakah aku bisa kembali ke situ lagi
di hatimu kita kembali bersatu

datanglah tolong ubati lukaku
sampai kapan pun aku menunggu
takkan pernah berkurang rinduku padamu
biar betapa jauhnya jasad mu dari ku

akan ku simpan sisa-sisa cinta ini
berkumpul memenuhi sanubari
akan ku simpan kenangan cinta ini
buat peneman setiap hari

aku takkan pernah jemu menyintai dirimu
aku takkan pernah jemu menyebut namamu
aku takkan pernah jemu mengekori jejakmu
walaupun kelak yang sakit adalah aku

buat dirimu yg bertakhta di hati
kasih ini takkan pernah berhenti
biarpun aku hanya seorang diri
terpatri cinta ini sampai mati

aku amat mencintaimu sayangku
~melintang pukang~



Monday 9 April 2012

kekasih hatiku

Aku balek kg ahad lepas..nak tgk keadaan ayah..ayah da kua wad hari jumaat..aku ingatkan sakit ayah cket je..sbb bila aku kol mak atau abang tya kondisi ayah depa kata oke je..so aku pon xde la riso sgt..cuma still hari2 aku kol kat mak aku la..tapi bila aku balek kg baru aku tau yg ayah kena strok..abg aku gtau ms on the way balek rumah lepas amek aku kat stesen bas..masa tu Allah saja yg tau perasaan aku..ayah besenye kuat jalan sana sini..tetiba je kene strok..ayah lumpuh sebelah badan..abg kata jangan nanges nnt bila jumpa ayah sbb tanak semangat ayah jatuh..tp aku mmg x blh nak thn sebak..air mata mencurah2 x pandai benti..sampai je kat rumah aku nampak mak da tgu kat pintu..mak jalan ke kereta..aku terus pelok mak..mak kate dia x bgtau aku sbb tanak aku risau..x benti2 mak pujuk aku..tenangkan aku..ya Allah tabahkan lah hati ayahku..lepas tu aku masuk ke dapo..aku x blh nak bsemuka dgn ayah..aku jenguk2 dr jauh je..luluhnya hati ni Allah saja yg tau..tgk ayah da tlantar kat katil..aku xnk ayah tgk aku nanges..aku mesti kuat..tp aku x mampu..2 jam aku berlalu tp aku masih x p jumpa ayah lg..kejap2 abg dtg dapo gtau ayah nak jumpa..aku plak x bgerak2 lg..kaki da macam tpaku..tp mcm mn skalipon aku kena jugak ngadap ayah..puas aku kumpulkan semua kekuatan..aku p slm ayah..buat2 senyum..wpon aku tau senyum tu hambar sgt..aku cuba..mata ayah da bkaca ms aku p slm..ms tu abg selamatkan keadaan..abg terus potong apa ayah nak ckp..ubah topik..nasib baik ada abg..skrg ni da genap 2 mgu ayah lumpuh..aku ada tdengar ayah ckp dgn mak..ayah kata ayah x dpt nak tunaikan janji nak bawak mak p jenjalan..mak kate x pe yg penting ayah sht dulu baru la nak p mana pon mak ikot..dulu ayah jaga mak ms mak sakit..skrg mak jaga ayah pulak.. makan minum ayah mak yg suapkan..mak slalu ada disisi ayah..x larat mcm mn skalipon mak akan ttp tgu di samping ayah..kdg2 mak sampai lupa nak mkn ubat..kesian aku tgk..ada sekali ms aku tgh urut2 kaki ayah..ayah kate "alhamdulillah, aku bersyukur padaMu ya Allah.."Aku x tau apa yg ayah pk..mungkin ayah redha dengan ujian Allah..

~melintang pukang~