Ku menanti dan terus menanti
Suatu jawapan pasti
Ku menunggu dan terus menunggu
Suatu saat kita akan bertemu
Ku mengerti ku fahami
Keperitan kau lalui
Tiada lain yg ku pinta
Tiada lain yg ku puja
Hanya padamu seorang saja
Harus bagi ku menyintaimu
Walaupon kau jauh dari mataku
Kerana hanyalah dirimu
Tempat aku bermanja dan mengadu
Pohon cintaku akan terus merendang
Biarpun berpanas hingga ke petang
Tidak mungkin ianya kan tumbang
Takkan tercalar biarpon ditebang
Semurni kasih ini berdendang
Akan kutepis cubaan mendatang
Hatta terpaksa bermain pedang
Biarpun luka nyawa melayang
Setiap degupan jantung ini
Membuah penyesalan tidak terperi
Hingga nafas ini terhenti
Maaf ku pinta sekali lagi
Aku amat menyintaimu
~melintang pukang~
No comments:
Post a Comment