Thursday, 19 April 2012

sebuah tangisan 2

Kasih kusemai tidak bercambah
Cinta kutanam tidak berbuah
Simpanlah ia menjadi sejarah
Buat diriku yang luka parah

Jatuh terduduk aku termenung
Mengenang harapan setinggi gunung
Hancur berkecai tiada penghujung
Malang menghambat ku jadi bingung

Dilanda badai hidupku musnah
Hati berkecai punah ranah
Menduakan cinta aku tak pernah
Berkubur akhirnya dimamah tanah

Cahaya hidupku berlalu pergi
Pergi membawa kepingan hati
Tiada yang tinggal padaku kini
Hanyalah coretan nukilan sepi

Tiada kupinta begini akhirnya
Merana jiwa bermuram durja
Bahagia kupinta derita menjelma
Inilah nasibku aku terima

Setitis air mata jatuh di pipi
Semakin lebat semakin hari
Itulah tandanya yang aku sedari
Aku telah kehilanganmu kini

Janji terpatri kusimpan di hati
Ku peluk erat kemas terkunci
Kenangan itu akan tetap bersemadi
Memenuhi seluruh jiwa ini

Setiap apa yang telah terjadi
Pasti ada hikmah tersembunyi
Hingga sampai nafas ini berhenti
Aku relakan apa yang terjadi

Sila bersabar wahai sang hati
Pergilah kamu membawa diri
Jangan pernah kembali ke sini
Kerana aku tak layak dicintai

~melintang pukang~

No comments:

Post a Comment